Saturday, January 28, 2012

INFO TERKINI TENTANG GAJI

Pekeliling penangguhan skim gaji kakitangan awam SBPA telah pun diedarkan baru-baru ini. Kalau ikutkan pembayaran gaji SBPA kakitangan awam bermula 31 Januari 2012 yang berkuatkuasa sejak  1 Januari 2012 tetapi apakan daya, ada banyak lagi yang perlu diperbaiki.
Walaubagaimanapun, kalau dapat yang backdated, orang kata “selepuk” juga kalau memakan tempoh sepenuhnya sehingga 4 – 5 bulan untuk semakan semula dilakukan

Gaji Kakitangan Awam (SBPA) 2012 (Pengumuman & Berita Terbaru) :

  • Pembayaran gaji kakitangan awam bagi bulan Februari akan dibayar berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM)
  • Kepada kalangan kakitangan awam yang memilih menyertaisistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), pembayaran  gaji SBPA kakitangan awam hanya akan dibuat selepas semakan semulanya dimuktamadkan.
  • Perbezaan gaji bagi kakitangan awam yang sudah memilih SBPA tidak akan dibayar pada penghubung bulan Januari 2012 ini

No comments:

Post a Comment